Wednesday, September 16, 2015

Tepung gandum untuk baby

Posted by mommy at 10:23 PM 5 comments

Salam semua!

Memandangkan si cinonet icad baru tumbuh gigi sebatang, mommy pun gigihla search resipi-resipi finger food untuk icad. Dah jumpa resipi, kenalah pilih tepung gandum tang sesuai pulak untuk baby. Selalunya mommy main beli je tepung sesuka hati. Tapi bila dah ada baby ni, barulah mommy bukak mata cari info pasal tepung ni.

Tepung Gandum ada 3 jenis :

BLEACHED - Sebenarnya, tepung gandum yang ori warnanya kuning2 lebam sikit, macam warna capati tu. Bahan peluntur BENZOYL PEROXIDE timbanh dalam tepung untuk lunturkan warna, so jadi warna putih melepak. Benzoyl peroxide ni bahan peluntur yang kuat, dalam masa tak sampai sejam dah boleh lunturkan warna tepung yang selalunya memakan masa berhari-hari. BP ni juga sangat bertoksik yang ternyata tak bagusla untuk badankan. Bila dah tambah BP, khasiat dalam tepung pun hilang.

Kesan dia mungkin bukan sekarang tapi 10-20 tahun akan datang. Walaupun kadar BP dalam tepung di malaysia still dalam kawalan, tapi better elakkan bukan untuk baby je tapi kita ni jugak terutama yang ada diabetes dan gout. Ramai yang gout bertambah teruk bila makan makanan bertepung ni, bukan sebab kandungan tepung tapi bahan BP tu.

UNBLEACHED - Tepung gandum yang original yang tak ditambah apa-apa bahan peluntur. Tepung ni yang paling baik bukan untuk baby dan kita mak-mak bapak-bapak ni.

ENRICHED - Tepung gandum yang melalui proses bleach yang dah hilang khasiat tapi diperkayakan dengan bahan bukan semulajadi sepertia vitamin A, kalsium dan lain-lain.

Untuk Icad, semestinya mommy memilih tepung unbleached. Ada beberapa jenis tepung yang mommies semua boleh guna.

1. Tepung atta / tepung ori yabg orang buat capati. Yang ni memang tepung ori. Tengokla warnanya.

2. Tepung faiza. Terang-terang hajah faiza dah tulis depan tu, tiada Benzoyl Peroxide. Mommy pilih tepung faiza sebab senang sikit nak dapat berbanding tepung atta. Lagi-lagi bila terbayang muka hajah faiza, sejuk mata memandang.. ekekeke



3. Tepung-tepung lain yang takde BP - tepung cap ros, bunga cempaka. Ni je yang mommy tau. Hihii

Dah ada tepung nanti kita share resipi biskut pulak. Yippee!

Tuesday, September 8, 2015

Tips untuk baby sembelit & cirit birit

Posted by mommy at 8:26 AM 1 comments

Cirit-birit & sembelit selalu terjadi bila anak dah start makan solid food. 
Si cinonet mommy, Icad pun pernah cherry berry dan 2 3 kali dah sembelit tapi tak pernahla lebih daripada 2 hari. Ni mommy nak share tips untuk atasi masalah sembelit & cherry berry ni.

TIPS UNTUK BABY SEMBELIT

1. Sebaik-baiknya elakkan bagi anak makan BRAT (Banana, Rice, Apple, Toast-roti). Keempat2 jenis makanan ni boleh jadikan sembelit tambah teruk. Ada sesetengah baby macam Icad ni, bila makan apple ke pisang ke, mesti susah nak poo poo. So, mommy selalu masukkan menu pelawas seperti betik/pear dalam hari yang ada apple. Balance la kan :)

Bubur nasi tak berapa sesuai waktu sembelit. Mommy bagi je tapi buat bubur yang betul-betul cair. Boleh gantikan dengan sumber karbohidrat yang lain seperti oat,, spagetti, pasta dll (ikut peringkat umur).


2. Bagi baby makan pelawas 4P - Papaya, Prune, Pear, Plum. Setakat ni pelawas yang paling berkesan untuk Icad, Papaya. Makan je betik mesti poo poo. Bau poo poo pun macam betik je tapi betik yang dah masam la.. hehheee. Tapi jaga-jaga, jangan terlebih bagi makan pulak buah pelawas ni sebab nanti jadi cirit birit pulak. 


3. Banyakkan bagi air masak. kalau baby taknak minum air masak dalam botol, boleh selang selikan makanan dengan air time baby makan. Untuk baby 6-10 bulan, 1-2 oz air sehari dah memadai.

Kalau sembelit berlanjutan sampai 4-5 hari, dapatkan nasihat doktor =)



TIPS UNTUK BABY CIRIT BIRIT

1. Elakkan buah-buahan pelawas, 4P tadi. Nanti makin cirit birit baby. Kesian.

2. Cuba bagi baby makan BRAT untuk balancekan balik perut baby. 

3. Air masak pun kena bagi selalu supaya baby tak dehydrated. 

Selalunya baby yang kena cirit-birit & sembelit akan meragam. Yelah, sebab perut tengah tak selesa. So mommies sekalian, banyakkan bersabar ye !

CONLUSION :
Tips sembelit : Stop BRAT, give 4P
Tips cirit-birit : Stop 4P, give BRAT

 

BeBe Bites Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea