Tuesday, September 8, 2015

Tips untuk baby sembelit & cirit birit

Posted by mommy at 8:26 AM

Cirit-birit & sembelit selalu terjadi bila anak dah start makan solid food. 
Si cinonet mommy, Icad pun pernah cherry berry dan 2 3 kali dah sembelit tapi tak pernahla lebih daripada 2 hari. Ni mommy nak share tips untuk atasi masalah sembelit & cherry berry ni.

TIPS UNTUK BABY SEMBELIT

1. Sebaik-baiknya elakkan bagi anak makan BRAT (Banana, Rice, Apple, Toast-roti). Keempat2 jenis makanan ni boleh jadikan sembelit tambah teruk. Ada sesetengah baby macam Icad ni, bila makan apple ke pisang ke, mesti susah nak poo poo. So, mommy selalu masukkan menu pelawas seperti betik/pear dalam hari yang ada apple. Balance la kan :)

Bubur nasi tak berapa sesuai waktu sembelit. Mommy bagi je tapi buat bubur yang betul-betul cair. Boleh gantikan dengan sumber karbohidrat yang lain seperti oat,, spagetti, pasta dll (ikut peringkat umur).


2. Bagi baby makan pelawas 4P - Papaya, Prune, Pear, Plum. Setakat ni pelawas yang paling berkesan untuk Icad, Papaya. Makan je betik mesti poo poo. Bau poo poo pun macam betik je tapi betik yang dah masam la.. hehheee. Tapi jaga-jaga, jangan terlebih bagi makan pulak buah pelawas ni sebab nanti jadi cirit birit pulak. 


3. Banyakkan bagi air masak. kalau baby taknak minum air masak dalam botol, boleh selang selikan makanan dengan air time baby makan. Untuk baby 6-10 bulan, 1-2 oz air sehari dah memadai.

Kalau sembelit berlanjutan sampai 4-5 hari, dapatkan nasihat doktor =)



TIPS UNTUK BABY CIRIT BIRIT

1. Elakkan buah-buahan pelawas, 4P tadi. Nanti makin cirit birit baby. Kesian.

2. Cuba bagi baby makan BRAT untuk balancekan balik perut baby. 

3. Air masak pun kena bagi selalu supaya baby tak dehydrated. 

Selalunya baby yang kena cirit-birit & sembelit akan meragam. Yelah, sebab perut tengah tak selesa. So mommies sekalian, banyakkan bersabar ye !

CONLUSION :
Tips sembelit : Stop BRAT, give 4P
Tips cirit-birit : Stop 4P, give BRAT

1 comments:

bayleyma said...

The best casino games: slots, blackjack, poker, - DrmCD
Play Slots at one of the world's best casinos! 1xbet login · No-Limit Hold'em is one of the most 의왕 출장마사지 popular slots available for play in casinos today. 광주 출장샵 · Red 청주 출장마사지 Savina – 부천 출장안마 is one of

Post a Comment

 

BeBe Bites Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea