Thursday, August 27, 2015

Kenapa baby tak boleh diberi garam?

Posted by mommy at 8:43 AM
Selalu dengar dan baca kisah ibu-ibu yang menambah garam dalam bubur/makanan baby mereka. Tapi sebenarnya, garam boleh mengundang bahaya kepada baby tau!

KENAPA?
Sebab buah pinggang baby belum matang untuk proses lebihan garam dalam badan. Jadi, penambahan garam dalam makanan menyebabkan buah pinggang bekerja kuat dan boleh menyebabkan kerosakan organ tu.

Baby bukan tak perlukan langsung garam tapi perlukan hanya dalam kuantiti kecil.
Ni sukatan garam untuk bayi :-
> Bawah 6 bulan - kurang dari 1g (0.4g sodium) sehari yang mana boleh diperolehi daripada susu ibu.
> 7-12 bulan - 1g sehari dan diperolehi daripada kandungan garam semulajadi dalam makanan seperti bubur nasi, sayur, buah, ayam dan sebagainya.
> 1-3 tahun - 2g garam sehari. Garam boleh ditambah tapi dalam kuantiti minima. Cubit2 gitu je.


Mungkin ada ibu-ibu yang rasa kesian pada baby sebab makanan tawar2 gitu. Tapi sebenarnya baby tak pandai lagi pun nak rasa makanan sebab sebelum ni kan hanya minum susu ibu. Jadi, rasa yang dia tau - susu ibu jela. Jadi, takpelah tak letak garam pun sebab baby bukan tau rasa masin.. hehee

0 comments:

Post a Comment

 

BeBe Bites Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea