Thursday, August 27, 2015

CARA SIMPAN BERAS PERANG

Posted by mommy at 8:29 AM
Nak share tentang penyimpanan beras untuk buat bubur nasi baby. Mommy pilih beras perang untuk buat bubur baby Irsyad. 


KENAPA BERAS PERANG?
Sebab beras perang x melalui proses pemutihan. So lebih byk zat & xde kanji. Senang baby nak hadam dan poo poo.



1. Mommy guna beras perang cap Floral. Beli 1kg je dulu. Tu pun berbulan nak habis. Hihi

2. Rendam beras perang semalaman (baca: 12jam). Agak-agakla untuk stok seminggu dua. KENAPA RENDAM? Sebab beras perang perlu melalui proses penapaian untuk singkirkan asid phytic. So lagi mudah untuk dihadam. Nak info lebih, gugle la ye! Hee

3. Lepas 12 jam, air rendaman tu akan berbau masam2 sikit mcm bau tapai. Toskan beras dan keringkan sekejap.

4. Sangai atau goreng beras tu tanpa minyak sehingga kekuningan sikit. Ni untuk pastikan beras betul2 kering. Kalau x, nanti cepat berkulat.

5. Kemudian, blend beras ikut kesesuaian. Untuk Irsyad saya blend halus jadi macam serbuk. Lepas tu, bolehla simpan dalam tupperware. Lagi tahan kalau simpan dalam peti ais.

6. Time nak masak, senang je. Just scoop satu dua sudu beras blended dan masak bubur macam biasa. 5-10 minit dah masak bubur. Tadaaa dah jadi bubur. Jimat masa!

Irsyad xnak makan bubur yang berbiji2 kecil beras tu. So, lepas masak, mommy blend sekali lagi bubur jadi macam cream soup. Baru dia telan smile emoticon.

7. Boleh tambah puree frozen (carrot, kurma, ayam dll).



0 comments:

Post a Comment

 

BeBe Bites Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea