Baby yang baru nak start makan (6 bulan) elok diberi puree dulu. Puree buah2 dan sayur2. Bagi perut baby biasakan dulu dengan solid food. Yelah, selama ni duk minum susu je.
Ni mommy nak share resipi puree kurma. Mommy bagi puree kurma ni waktu mula2 introduce makanan kat Irsyad. Alhamdulillah Irsyad suka sangat2 kurma ni. Hampir setiap hari la ada menu kurma. hihi
Senang je nak buat puree ni.
3 steps : STEAM, BLEND, MIX
3 steps : STEAM, BLEND, MIX
1. Buangkan biji kurma & kukus selama 10 - 15 minit (sampai lembut)
2. Campurkan dengan sedikit air & blend sampai betul2 hancur. Saya bubuh sikit je air so jadi paste yang pekat. Tapi memang puree kurma ni pekat.
3. Bila nak bagi baby makan, campurkan dengan susu ibu. Agak2 sampai puree cair. Dah boleh suap baby!
4. Kalau nak buat stok, boleh simpan dlm bekas kecik2 asingkan untuk sekali makan. Bekukan. Bila nak makan, keluarkan dari freezer dan biarkan di chiller semalaman. Kemudian rendamkan dalam air suam atau guna food warmer ( sama macam cara cairkan EBM).
Puree tahan 48 jam kalau letak di chiller dan tahan 3 bulan kalau di freezer.
Boleh guna cara sama untuk buat puree apple, pear, carrot, cauliflower dan lain2.
Selamat mencuba!
0 comments:
Post a Comment