Wednesday, September 16, 2015
Tepung gandum untuk baby
Salam semua!
Memandangkan si cinonet icad baru tumbuh gigi sebatang, mommy pun gigihla search resipi-resipi finger food untuk icad. Dah jumpa resipi, kenalah pilih tepung gandum tang sesuai pulak untuk baby. Selalunya mommy main beli je tepung sesuka hati. Tapi bila dah ada baby ni, barulah mommy bukak mata cari info pasal tepung ni.
Tepung Gandum ada 3 jenis :
BLEACHED - Sebenarnya, tepung gandum yang ori warnanya kuning2 lebam sikit, macam warna capati tu. Bahan peluntur BENZOYL PEROXIDE timbanh dalam tepung untuk lunturkan warna, so jadi warna putih melepak. Benzoyl peroxide ni bahan peluntur yang kuat, dalam masa tak sampai sejam dah boleh lunturkan warna tepung yang selalunya memakan masa berhari-hari. BP ni juga sangat bertoksik yang ternyata tak bagusla untuk badankan. Bila dah tambah BP, khasiat dalam tepung pun hilang.
Kesan dia mungkin bukan sekarang tapi 10-20 tahun akan datang. Walaupun kadar BP dalam tepung di malaysia still dalam kawalan, tapi better elakkan bukan untuk baby je tapi kita ni jugak terutama yang ada diabetes dan gout. Ramai yang gout bertambah teruk bila makan makanan bertepung ni, bukan sebab kandungan tepung tapi bahan BP tu.
UNBLEACHED - Tepung gandum yang original yang tak ditambah apa-apa bahan peluntur. Tepung ni yang paling baik bukan untuk baby dan kita mak-mak bapak-bapak ni.
ENRICHED - Tepung gandum yang melalui proses bleach yang dah hilang khasiat tapi diperkayakan dengan bahan bukan semulajadi sepertia vitamin A, kalsium dan lain-lain.
Untuk Icad, semestinya mommy memilih tepung unbleached. Ada beberapa jenis tepung yang mommies semua boleh guna.
1. Tepung atta / tepung ori yabg orang buat capati. Yang ni memang tepung ori. Tengokla warnanya.
2. Tepung faiza. Terang-terang hajah faiza dah tulis depan tu, tiada Benzoyl Peroxide. Mommy pilih tepung faiza sebab senang sikit nak dapat berbanding tepung atta. Lagi-lagi bila terbayang muka hajah faiza, sejuk mata memandang.. ekekeke
3. Tepung-tepung lain yang takde BP - tepung cap ros, bunga cempaka. Ni je yang mommy tau. Hihii
Dah ada tepung nanti kita share resipi biskut pulak. Yippee!
Tuesday, September 8, 2015
Tips untuk baby sembelit & cirit birit
Si cinonet mommy, Icad pun pernah cherry berry dan 2 3 kali dah sembelit tapi tak pernahla lebih daripada 2 hari. Ni mommy nak share tips untuk atasi masalah sembelit & cherry berry ni.
TIPS UNTUK BABY SEMBELIT
1. Sebaik-baiknya elakkan bagi anak makan BRAT (Banana, Rice, Apple, Toast-roti). Keempat2 jenis makanan ni boleh jadikan sembelit tambah teruk. Ada sesetengah baby macam Icad ni, bila makan apple ke pisang ke, mesti susah nak poo poo. So, mommy selalu masukkan menu pelawas seperti betik/pear dalam hari yang ada apple. Balance la kan :)
Bubur nasi tak berapa sesuai waktu sembelit. Mommy bagi je tapi buat bubur yang betul-betul cair. Boleh gantikan dengan sumber karbohidrat yang lain seperti oat,, spagetti, pasta dll (ikut peringkat umur).
2. Bagi baby makan pelawas 4P - Papaya, Prune, Pear, Plum. Setakat ni pelawas yang paling berkesan untuk Icad, Papaya. Makan je betik mesti poo poo. Bau poo poo pun macam betik je tapi betik yang dah masam la.. hehheee. Tapi jaga-jaga, jangan terlebih bagi makan pulak buah pelawas ni sebab nanti jadi cirit birit pulak.
3. Banyakkan bagi air masak. kalau baby taknak minum air masak dalam botol, boleh selang selikan makanan dengan air time baby makan. Untuk baby 6-10 bulan, 1-2 oz air sehari dah memadai.
Kalau sembelit berlanjutan sampai 4-5 hari, dapatkan nasihat doktor =)
TIPS UNTUK BABY CIRIT BIRIT
1. Elakkan buah-buahan pelawas, 4P tadi. Nanti makin cirit birit baby. Kesian.
2. Cuba bagi baby makan BRAT untuk balancekan balik perut baby.
3. Air masak pun kena bagi selalu supaya baby tak dehydrated.
Selalunya baby yang kena cirit-birit & sembelit akan meragam. Yelah, sebab perut tengah tak selesa. So mommies sekalian, banyakkan bersabar ye !
CONLUSION :
Tips sembelit : Stop BRAT, give 4P
Tips cirit-birit : Stop 4P, give BRAT
Thursday, August 27, 2015
Kenapa baby tak boleh diberi garam?
Selalu dengar dan baca kisah ibu-ibu yang menambah garam dalam bubur/makanan baby mereka. Tapi sebenarnya, garam boleh mengundang bahaya kepada baby tau!
KENAPA?
Sebab buah pinggang baby belum matang untuk proses lebihan garam dalam badan. Jadi, penambahan garam dalam makanan menyebabkan buah pinggang bekerja kuat dan boleh menyebabkan kerosakan organ tu.
Sebab buah pinggang baby belum matang untuk proses lebihan garam dalam badan. Jadi, penambahan garam dalam makanan menyebabkan buah pinggang bekerja kuat dan boleh menyebabkan kerosakan organ tu.
Baby bukan tak perlukan langsung garam tapi perlukan hanya dalam kuantiti kecil.
Ni sukatan garam untuk bayi :-
> Bawah 6 bulan - kurang dari 1g (0.4g sodium) sehari yang mana boleh diperolehi daripada susu ibu.
> 7-12 bulan - 1g sehari dan diperolehi daripada kandungan garam semulajadi dalam makanan seperti bubur nasi, sayur, buah, ayam dan sebagainya.
> 1-3 tahun - 2g garam sehari. Garam boleh ditambah tapi dalam kuantiti minima. Cubit2 gitu je.
Mungkin ada ibu-ibu yang rasa kesian pada baby sebab makanan tawar2 gitu. Tapi sebenarnya baby tak pandai lagi pun nak rasa makanan sebab sebelum ni kan hanya minum susu ibu. Jadi, rasa yang dia tau - susu ibu jela. Jadi, takpelah tak letak garam pun sebab baby bukan tau rasa masin.. hehee
Puree Carrot
Kalau buah, Irsyad suka kurma. Kalau sayur, carrot ni la peberet dia!
Haa.. ni khasiat carrot :-
1. Sumber Vitamin A yang terbaik - sangat bagus untuk penglihatan.
2. Mengandungi anti oxidants, mineral dan fiber yang mampu menghalang penyakit seperti sakit jantung dan kanser.
Rasa nak bagi Irsyad makan carrot bebanyak sebab mommy & hubby dua2 rabun. So, sumbat Irsyad bebanyak ngan carrot bagi dapat vitamin untuk mata dia. Moga2 tak rabun ^^
Cara-cara nak buat puree carrot:-
STEAM : hiris carrot dan kukus selama 10 minit atau hingga lembut.
BLEND : blend carrot hingga hancur.
MIX : campurkan dengan air / susu ibu untuk mendapatkan kepekatan yang diingini.
SIAP!
Boleh mix dengan bubur nasi dan puree buah/sayur lain.

CARA SIMPAN BERAS PERANG
Nak share tentang penyimpanan beras untuk buat bubur nasi baby. Mommy pilih beras perang untuk buat bubur baby Irsyad.
KENAPA BERAS PERANG?
Sebab beras perang x melalui proses pemutihan. So lebih byk zat & xde kanji. Senang baby nak hadam dan poo poo.
1. Mommy guna beras perang cap Floral. Beli 1kg je dulu. Tu pun berbulan nak habis. Hihi
2. Rendam beras perang semalaman (baca: 12jam). Agak-agakla untuk stok seminggu dua. KENAPA RENDAM? Sebab beras perang perlu melalui proses penapaian untuk singkirkan asid phytic. So lagi mudah untuk dihadam. Nak info lebih, gugle la ye! Hee
3. Lepas 12 jam, air rendaman tu akan berbau masam2 sikit mcm bau tapai. Toskan beras dan keringkan sekejap.
4. Sangai atau goreng beras tu tanpa minyak sehingga kekuningan sikit. Ni untuk pastikan beras betul2 kering. Kalau x, nanti cepat berkulat.
5. Kemudian, blend beras ikut kesesuaian. Untuk Irsyad saya blend halus jadi macam serbuk. Lepas tu, bolehla simpan dalam tupperware. Lagi tahan kalau simpan dalam peti ais.
6. Time nak masak, senang je. Just scoop satu dua sudu beras blended dan masak bubur macam biasa. 5-10 minit dah masak bubur. Tadaaa dah jadi bubur. Jimat masa!
Irsyad xnak makan bubur yang berbiji2 kecil beras tu. So, lepas masak, mommy blend sekali lagi bubur jadi macam cream soup. Baru dia telan smile emoticon.
7. Boleh tambah puree frozen (carrot, kurma, ayam dll).

PUREE KURMA
Baby yang baru nak start makan (6 bulan) elok diberi puree dulu. Puree buah2 dan sayur2. Bagi perut baby biasakan dulu dengan solid food. Yelah, selama ni duk minum susu je.
Ni mommy nak share resipi puree kurma. Mommy bagi puree kurma ni waktu mula2 introduce makanan kat Irsyad. Alhamdulillah Irsyad suka sangat2 kurma ni. Hampir setiap hari la ada menu kurma. hihi
Senang je nak buat puree ni.
3 steps : STEAM, BLEND, MIX
3 steps : STEAM, BLEND, MIX
1. Buangkan biji kurma & kukus selama 10 - 15 minit (sampai lembut)
2. Campurkan dengan sedikit air & blend sampai betul2 hancur. Saya bubuh sikit je air so jadi paste yang pekat. Tapi memang puree kurma ni pekat.
3. Bila nak bagi baby makan, campurkan dengan susu ibu. Agak2 sampai puree cair. Dah boleh suap baby!
4. Kalau nak buat stok, boleh simpan dlm bekas kecik2 asingkan untuk sekali makan. Bekukan. Bila nak makan, keluarkan dari freezer dan biarkan di chiller semalaman. Kemudian rendamkan dalam air suam atau guna food warmer ( sama macam cara cairkan EBM).
Puree tahan 48 jam kalau letak di chiller dan tahan 3 bulan kalau di freezer.
Boleh guna cara sama untuk buat puree apple, pear, carrot, cauliflower dan lain2.
Selamat mencuba!
Assalamualaikum !
Assalamualaikum !
Dah lama nak berblogging tapi tak sempat-sempat. Actually penyakit M je lebih kot. Dulu waktu belajar mommy aktif berblogging tapi lepas tu terus menghilangkan diri. Pernah bukak blog lain tapi sekejap je bertahan. Hopefully, kali ni mommy istiqamah update blog. Yeah!
InsyaAllah mommy akan gunakan sepenuhnya blog ni untuk share info-info berkaitan baby dan parenting tapi mungkin lebih fokus kepada pemakanan. Baby mommy, Irsyad ni baru boleh makan (6months ++). So mommy heksaitedla nak sharing2 resipi, hasil pembelajaran dan pencarian tentang makanan ni. Mommy nak galakkan ibu-ibu yang lain untuk titikberatkan pasal makanan ni. Sebab makanan sangat mempengaruhi tumbesaran anak - perangai pun pengaruh jugak tau!
Apa yang mommy tekankan -
ALL NATURAL
ALL HOMEMADE
NO SALT
NO SUGAR
NO PRESERVATIVE
NO ARTIFICIAL FLAVOUR.
Moga blog ni dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan visitors sekalian.
Mommies semua, mehla kita sharing2 ilmu ya !

Subscribe to:
Posts (Atom)